Tuesday, November 10, 2009
Don't ever!
Hasad adalah suatu sifat atau skap dengki atau irihati terhadap nikmat yang diperolehi oleh orang lain. Bukan hanya semata-mata iri hati sahaja, tapi yang diinginkannya supaya nikmat tersebut hilang dari tangan orang yang berkenaan.
Pada hakikaatnya hati kecilnya menginginkan supaya ia mahu dapat pula memperolehi nikmat seperti itu, tapi tidak kemampuan untuk mendapatkannya, maka timbullah sikap buruk dalam dirinya iaitu hasad dan dengki. Sikap jiwa orang yang hasad itu diungkapkan dalam Al-Quran:
" Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya." ( Al- Imran:120 )
Akibat dari hasad bukan sahaja merosak diri orang lain, tetapi juga merosak diri sendiri. Oleh sebab itu, ALLAH SWT memerintahkan supaya orang-orang yang beriman baik lelaki mahu pun perempuan sulalu memohon perlindungan diri dari penyakit yang bahaya ini seperti dijelaskan dalam Al-Quran:
" Dan aku berlindung kepada Tuhan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."
( Al-Falaq:5 )
Dalam sebuah hadis Rasulullah menjelaskan:
" Ada tiga perkara, dimana tiap-tiap umat tidak terlepas daripadanya, iaitu: Hasad, buruk sangka dan berselisih. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu jalan keluar dari tiga perkara itu? Iaitu apabila engkau buruk sangka, janganlah engkau kuatkan buruk sangkamu itu, apabila hasad janganlah berlaku kejam dan apabila engkau berselisih faham, maka janganlah engkau menyakiti." ( HR, Abu Daud )
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment