Tuesday, February 09, 2010

My Passion Lately

<< kredit to google, ni ler benda yang aku buat guna excel sepanjang malam *sigh*

Mula-mula i benci u. Skarang i rasa u sangat interesting. I rasa best bila dapat jawapan. Ternyata i jatuh hati pada u. Kenapa awal-awal dulu u tak singgah di hati i. Terlewatkah i? I janji i takkan lukakan u. Pertemuan pertama ni, i harapkan hasil positif. Macam tu jugak yang ke dua dan tiga. I harap i dapat tackel hati juri. ahahahaha.. Microeconomics, can't wait to be with u again tonight.... hehe


Selamat Hari Jadi Sayangku Darl.. Jadilah insan yang beriman dan sentiasa bersyukur. Insyaallah...


Thursday, February 04, 2010

My Sayang-sayang punya cer

My Story
Semalam aku bli Cd game 'Torchlight'.. Nak bli `Diablo 2` actually, unfortunately, game tuh tak leh masuk Windows 7. Kena tunggu yang third version lah. Meanwhile, the salesman recomended this 'Torchlight' yang agak similar dengan 'Diablo'. I've tried, so-so ajala. Boleh la.. Ok la.. Then aku beli Cd Adobe Photoshope CS4. Weh, aku sumpah tak reti guna menatang ni. Tersangatlah complicated nya. Aku tak reti nak guna. Minat punya pasal ja aku install. Takpala, nanti aku search manual dia. Tapi katanya kena search tools dia.. Macam mana tuh? Arghh.. 'orang Penang kata "qhenyah" '

Darl's Story
Darl tension pasal kena keja pagi. Wakakaka... Padan muka... Due to kursus kahwin, lusa straight minggu ni pagi... Bengkak bijik mata.. Cian... Hahahaha....

Jee's Story
Jee, aku sayang hang k, be patient tau, aku tau hang kuat.. Hang kan kawan baik aku.. Mana leh qeyau-qeyau...

Tuesday, February 02, 2010

Dark Night

Malam sure lah gelap. Aku manusia biasa. Bohonglah kalau aku cakap aku asyik kuat semangat tak pernah rasa susah bermasaalah. Sapa yang 24 jam happy? Even Paris Hilton dan Erra Fazira pun penah nangis. Apatah lagi Fasha Sandha.


~~~~~~~~~~~~~~

Tenggelam aku dalam lautan biru yang kecantikannya memukau
Aku sangka kaca yang berkilau mampu..
Tapi impian pelangi kembali menjadi impian cuma..
Luluh pedih, senak dan berombak... Aku tangisi..

~~~~~~~~~~~~~~

"Kadangkala, tidak semua orang memahami tentang apa yang kita lalui."

 - http://www.fajaril.net/blog/

Monday, February 01, 2010

Amboi February

Hi. Sory Mak sibuk. Banyak new hire lately  + The bos nak p Medan esok. So gila kecoh opis. hehe. Mak bukan sengaja suka-suka gelar diri ni mak. Tapi mak terbawak-bawak. Kilang sekarang dah meriah okayy. Dengan kehadiran aqua-aqua. Aww. Mak suka. Kami semua suka. Awat tak suka. Meriah. Ha mai cek mai. Mak-mak ni semua sungguh sporting. Ramai suka kawan ngn depa hampa jangan tak tau.

Becakap pasai mak-mak nih, aku sangat tak faham pasaipa segelintir masyarakat suka pandang serong kat depa. Bila sah-sah orang tu bermasalah, kita dekati dan belai depa. Ajar depa dengan penuh kasih sayang. Bukan cemuhan. Aku banyak dengar, melalui cemuhan dan caci maki, depa tunjuk perasaan dan makin protes. Bagi aku, simple, asalkan hati depa baik, OK dah memadai untuk menjadi kawan. Tak kisahla apa depa buat or apa depa nak dalam hidup. Aku takkan larang or buat apa-apa selagi tak diminta. Kalau depa perlukan, here I am. Tak p mana-mana. Mak-mak mesti tau nak cari mak kat mana kan?? Aww.

Seriuslah, aku suka berkawan dengan orang-orang yang sedar diri, terima hakikat dan sangat murah hati macam depa. Takda dengki-dengki. Walaupun tak semua, tapi kebanyakkan depa orang baik-baik, dari family baik-baik. Pemikiran depa lagi open tapi sangat penyayang. Tak peduli apa orang kata, depa adalah diri depa. Harapan aku satu hari nanti bukan depa saja, aku pun sama, kita sama-sama dapat hidayah Allah. Amin.

Tadi the CEO stop by kat meja aku. Tanya apa yang aku UP TO currently. Aku cakaplah, Assignment 1 sem 2 nih. Aku bagitau la macam mana susah nya. Dia cakap ok, dia sentiasa support aku dan harap aku berusaha keras. Pas dapat degree suh aku tunjuk cert tu kat hiring manager dan dapat kan tempat lagi tinggi yang aku deserve. Kata-kata dia selalu macam satu perangsang. Aku tak taulah, kenapa seserius dia suka sangat bercerita dengan aku macam-macam. Tahla, tapi aku suka apa yang dia cakap harini. Macam perangsang untuk aku kedepan dan kedepan lagi. Aku happy usaha aku ramai orang nampak dan hargai. Ibarat suntikan semangat yang tak bertepi. Ibarat langit luas yang tak bersempadan, tak, aku takkan putus asa!

Last Friday, Jee datang sleepover, after hantar Darl keja, we spend 2 hours kat Sunrise, camwhoring guna Cam My New Lappy! Chat-chat then gerak p Ocean view chat-chat lagi, baru aku sedar, gila lama kami tak update. Yap, aku bz gila! So does My dear Jee. Takda apa yang berubah, still sama, perjumpaan selalu best dan semua masalah jadi debu balik. Kami tiup-tiup hilang....~

Menggunakan new Lappy, aku dah siapkan first Assignment for Basic Computing ditemani Darl yang dah menguap 3-40 kali pagi Ahad kemarin. Yeza, aku hepy. Aku tak sabar nak submit, meanwhile aku nak fokus on Economics jap. Credit to Darl, a very patient hubby, super hubby, fer the opinion and sabar dengan sikap aku yang ting tong naik angin dua hari berturut-turut ni. Tak tau apa dah jadi dengan aku.

Ok, dari pendek jadi panjang dah ni apa cerita.


Wednesday, January 27, 2010

Hi there ! ( waving ) =)

DIFFERENT STORY
Kenyang sangat-sangat ni. Semalam dapat Prosperity Burger yang lama aku tringin. Harini breakfast Sausage McMuffin. Sedap sampai jilat jari. Darl teruja tengok aku makan penuh perasaan.Dah lama aku nak makan tapi tak taula pasalpa aku macam malas sangat nak masuk Mcd. Sedangkan hari-hari aku tunggu Darl depan tuh. Tapi apa-apa pun, thanks Darl yang faham and sangat murah hati harini bukan sahaja membelanja, malahan memberi duit belanja seminggu.


DIFFERENT STORY
Sesapa yang perasan, aku dah buang entry " why are we even a friend? ". Yes aku dah buang sebab aku sangat rasa blog aku bukan tempat untuk bermusuh. Everybody came in here is a friend. Including the silent readers. ( mai sembang k, i peramah ni ). Kalau ada pun orang yang benci aku masuk nak stalk hidup aku, Darl, Juwieta & kekawan aku pun u are welcome, cuma tak payah la bawak-bawak mulut. Aku sangat rasa bersalah berdendam sana sini. Mulai harini, aku tak mau seibuk pasal orang lain, aku tak mau ambik tau mahupun komen apa-apa. Aku dah nak kawin, aku nak jaga hidup aku dan tak mau ambik tau pasal hidup orang. Aku doakan semua orang yang aku kenal bahagia dan berjaya dalam hidup. Cuma aku harap, depa tak ganggu hidup aku. Pada yang rasa aku bukan kawan dia lagi pun takpa, aku tak kisah, aku tak mau tau jugak. Pada yang rasa semakin rapat bila baca-baca entry aku ni pun ok jugak, aku ok. sangat sporting. ek eleh. Pada yang kehilangan orang yang aku kenal, yang kehilangan sesuatu atau seseorang dalam hidup, aku harap sentiasa tabah. Aku doakan yang terbaik pada kawan-kawan aku yang tengah buat assignment sama dengan aku, harap-harap kita semua dapat A+. hehe. Wah, sihat sungguh naa entry harini. Sangat "jiwateraphy". Tak kisahla, janji aku cuma nak hidup, aku deserve hidup and mulai saat ni, aku takmau kacau orang, tak mau tau pasal orang. Aku cuma tau, aku future wife Darl and bff Juwieta & kawan kepada kawan2 baik aku.



DIFFERENT STORY
Aku sangat sibuk, nanti aku sambung lagi k.


Tuesday, January 26, 2010

Today's feeling

i really2 miss my long hair!

Im feeling lazy, sleepy and annoyed. I did not know what actually happen but my whole body is aching. Like hell. Yeah. My eyes swollen. I'm typing, calculating and counting the office stairs with half open eyes. It feel sticky and yes, i could slap u right on ur face kalau nak-lah. I'm so sleepy and did not understand. Why January move too fast. Give me a break. I'm exhausted. I'm worry and busy. I want to finish up my assignment this week but i have to get punch card ready. And so the New hire Indonesian. Darl keja night shift pulak, so kena hantar and fetch him back. Kurang sikit masa tido aku. Stress. Stress. Stress. Apa nama lagu Jessy McCartney tuh? Yang Don't stress. Don't stress. Don't stress. Girl you deserve nothing but the best. Ha tengok, merepek.


Monday, January 25, 2010

~~~~~~~~~~~~~~

Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.

-Confucius




Monday Moody Day

Isnin suppose to be moody day kah? Tak tau plak. Selalu kalau tak semangat datang keja skalipun, kalau dah sampai, and start buat kerja, everything will started to run smoothly again. Mood dan semangat beransur-ansur datang. Tapi arini? Mood aku swing macam binatang haram aku tak boleh sebut. Aku seriously tak tau lah apa aku nak crita kan.

Kalau aku cerita sini ibarat buka pekung di dada. Tapi aku seriously tak boleh tahan lagi. Tiap-tiap kali benda-benda macam ni jadi, aku macam over sedih. Sepatutnya aku hepy. Dan banyak sepatutnya aku bole kata kat sini. But now, "sepatutnya" replace the excitement.

Aku buat apa yang aku kena buat. Tak lebih dari tuh. Kerana aku cuma tinggal diri sendiri saja nak buat apa aku perlu buat. I'm so stress! Pagi tadi aku happy, thanks Darl, dia faham aku & aku tau dia sayang aku.

Sekarang aku tak happy sangat sebab satu dua perkara. Tapi aku tau, apa-apa jadi pun, aku kena teruskan hidup aku! Tak boleh berenti. Tau sapa pesan macam tu? My late Mother. Aku percaya, dia tengok aku tiap-tiap hari dan faham apa sebab aku buat semua ni, dan setuju dengan semua keputusan-keputusan aku, Aku ada sebab sendiri walaupun aku tau ramai yang rasa drastik. Ni keputusan aku, dan aku buat sebab kepentingan diri aku sendiri. Aku ada sebab yang tak perlu aku explain kat sesapa. Aku tau makcax tau apa aku rasa sekarang, but No Worries, aku akan berdiri di atas kaki sendiri. Aku kena ingat moment ni, kena ingat feeling nih, sampai bila-bila. Tak semestinya bila aku sedih aku kena muram macam dulu, aku tak mau lagi ikut telunjuk orang lain. Bila aku rasa kena tikam, that "orang lain" tengok saja aku nangis. Apa tuh? So, Aku lebih dari bahagia sekarang, Aku percaya dengan "peluang". Aku percaya dengan diri aku.