Thursday, July 15, 2010

Alah Kisah Kau Part INFINITY

Selalu sangat kebelakangan ini aku dengar isu-isu putus cinta isu cerai isu curang isu pergolakan sana sini.
Isu - isu mereka dan keluarga mereka. Tak tau lah orang perasan ka tak, tapi aku sangat suka memerhati dari satu sudut, mana kawan mana lawan. Depan2 senyuman manis nya semanis kurma, aku sayang kau kunun. Mak kau lah.

Terdetik hati kesian pada mangsa2 yang terkena.  Makin ramai manusia hipokrit dalam dunia.

Kau makan lah sesama daging kau kat akhirat.

Kawan A : Itu lah dia tu, dulu kata orang, hissshh.. aku mintak simpang la.

Kawan B : Itu lah dia ni, balasan dia. Ishhh.. simpang malaikat 44 jadi kat aku.

Kawan C : Erk, aku bukan nak komen, aku pun nak ke arah tu nanti (kahwin) tapi memang patut pun jadi
kat dia.

Kawan D :  Betul2 aku sokong. Aku bukan nak kata aku ni ada Power ka apa, tapi kalau orang buat aku cenggini, nnt dia kena cenggitu plak. PADAN MUKA DIA.( selalu aku dengar ayat ni, dia ingat dia tuhan )

(Ini cerita contoh, dan tidak terjadi dikalangan kawan-kawan baik saya.)

Dey kawan, kalau tak mahu kata jangan kata. Aku benci betul kalau orang tu nak mengutuk, tapi still gunakan expresi yang kununnya kau tu angel. Aku paling benci jugak orang guna TAPI banyak2.

Kau belum rasa, kau belum tahu. Kau jangan kata, nanti jadi kat kau.

Lantak dia lah dia nak kaya ka nak jahat ka. Kau cemburu. Itu pasal kau cakap.

Kalau hati kau murni sangat, pemikiran kau pun takkan sampai ke situ.

P/S : Kalau orang tengah susah kau jangan tambah. Bodoh.

No comments: